NADI X MAHIR: SLS DARI BIASA KE LUAR BIASA – BETULKAN KESILAPAN MOBILEGRAFI
11 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Februari 2026 bersamaan hari Rabu, Mahir Short Learning Series: Dari Biasa ke Luar Biasa – Betulkan Kesilapan Mobilegrafi telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu peserta mengenal pasti kesilapan asas dalam mobilegrafi serta mempelajari teknik yag betul bagi menghasilkan gambar yang jelas, menarik dan berkualiti menggunakan telefon pintar.
Aktiviti Utama:
- Punca gambar menjadi kabur
- Kesan penggunaan zoom digital
- Teknik kawalan cahaya
- Kenalpasti komposisi yang kemas
- Pemilihan sudut (angle)
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memperbaiki teknik asas mobilegrafi, memahami kesilapan yang sering berlaku serta meningkatkan kualiti gambar agar kelihatan lebih professional dan menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: